Google Google Page kenyalangsenja.blogspot.com

Tuesday, November 24, 2009

Beruk ganas mengamuk


Kasihan pada kanak-kanak ini nasib baik selamat....beruk ni kalau aku ada senapang aku tembak dah...

Kita ikuti kisahnya..kasihannya..

KUANTAN - Penduduk di Taman Murni dan Sungai Isap di sini kini dilanda kebimbangan berikutan 'amukan' seekor beruk yang tiba-tiba mengganas sehingga mencederakan empat orang kanak-kanak termasuk seorang bayi dalam tempoh tidak sampai 24 jam semalam.

Mangsa beruk tersebut ialah Mohd. Faiz Hafiz, 8 bulan, yang diserang di rumahnya di Sungai Isap 1, kira-kira pukul 6 petang semalam, Fatini Sakira Ahmad Safri, 2, diserang pada pukul 8 pagi di Taman Murni manakala dua lagi ialah Khairul Azwan Khairudin, 14, dan Nuha Nurfaiqah Sheikh Akhbar, 7, diserang beruk yang sama malam semalam.

Dalam kejadian pertama pada pukul 9 malam, beruk berkenaan dikatakan secara tiba-tiba menerkam dan memeluk Khairul Azwan dari arah belakang yang ketika itu sedang makan bersama keluarganya di sebuah warung berhampiran rumahnya di Taman Murni.

Beruk tersebut menggigit lengan kanan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin itu berkali-kali tanpa belas kasihan.

"Lengan anak saya digigit berkali-kali sehingga terpaksa menerima enam jahitan selepas dihantar ke klinik swasta," kata bapa Khairul Azwan, Khairudin Abdul Hamid, 51.

Sementara dalam kejadian kedua kira-kira setengah jam selepas itu, beruk yang sama menyerang Nuha Nurfaiqah yang baru turun dari kereta untuk ke rumah ibu saudaranya di kawasan taman yang sama.

sumber:Kosmo

No comments:

Post a Comment