Google Google Page kenyalangsenja.blogspot.com

Saturday, December 5, 2009

Polis dan Hak Anda















1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS

1.1 Sekiranya polis tersebut tidak memakai pakaian seragam

Tanya beliau mengenai kad kuasa beliau


1.2 Kad Kuasa Polis

Warna Merah: Anggota polis tersebut telah
digantung. Beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk berbuat apa-apa. Anda tidak perlu mengendahkan beliau.

Warna-warna lain:

Warna Biru: Polis yang berpangkat Inspek

tor dan keatas.

Warna Kuning: Polis yang berpangkat dibawah

Inspektor

Warna Putih: Polis Simpanan

Ambil perhatian nama dan nombor anggota polis pada Kad Kuasa Polis.

1.3 Di dalam Pakaian Seragam

Ambil perhatian nama dan nombor anggota polis pada pakaian seragamnya.

1.4 Kenderaan Polis

Ambil perhatian tentang nombor pendaftaran pada kereta peronda, motosikal atau kenderaan polis tersebut.

2. APABILA DISOAL OLEH POLIS

2.1 PengenaIan Anda

Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.

2.2 Seandainya ditanya soalan-soaian lain

Anda boleh bertanya, "Adakah saya ditahan? "

2.3 Bilakah anda ditahan

Anda ditahan apabila anggota polis itu

• menjawab "ya" pada soalan di atas

• beliau tidak membenarkan anda meninggalkan

tempat tersebut atau ingin membawa anda ke balai polis

• apabila anda digari

Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan.

2.4 Bilakah anda tidak boleh ditahan

Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112).

3. SOALJAWAP OLEH POLIS TANPA PENAHANAN

3.1 Kenyataan saksi/112

Apabila pihak Polis menjalankan siasatan mengenai sesuatu kes dan berpendapat bahawa anda tersebut, pihak Polis boleh menyoal anda dan menulis jawapan-jawapan anda (Kenyataan saksi/112).

3.2 Permintaan rasmi /tidak rasmi

Selalunya, pihak polis membuat permintaan tidak rasmi untuk anda memberikan Kenyataan saksi/112. Sekiranya tempat dan waktu adalah bersesuaian, beri kerjasama. Sekiranya tidak, beritahu Polis yang anda akan berbuat demikian pada tempat dan waktu yang bersesuaian.

Sekiranya anda enggan bekerjasama sama-sekali, Polis akan mengeluarkan suatu perintah rasmi yang ditandatangani oleh pegawai penyiasat (Perintah Polis} untuk meminta anda bekerjasama.

3.3 Memberikan Kenyataan saksi/112

Anda mempunyai hak untuk meminta seorang peguam menemani anda. Ini adalah dinasihatkan.
Di dalam memberikan Kenyataan saksi/112, anda boleh enggan menjawap apa-apa soalan yang boleh mendedahkan anda kepada apa-apa kesalahan jenayah.
• Bawa bersama anda buku nota atau kertas tulisan (nota peribadi).
• Tulis semua soalan yang ditanya di dalam nota peribadi.

• Pastikan anda memahami setiap soalan yang ditanya.

• Ambil masa dan fikir berhati-hati sebelum menulis jawapan di dalam nota peribadi.

• Baca jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.
• Simpan nota peribadi untuk rujukan di masa hadapan.

3.4 Menandatangani Kenyataan saksi/112 anda

Sebelum menandatangani kenyataan anda, baca solan- soalan dan jawapan-jawapan yang ditulis oleh Pegawai Polis secara berhati-hati.

• Bandingkan kenyataan yang anda disuruh tandatangani dengan nota peibadi anda.
• Anda mempunyai hak untuk


membuat pembetulan/perubahan kepada
kenyatan anda sebelum menandatanganinya.
• Tuliskan tandatangan anda di bawah ayat penghabisan kenyataan anda.

Sekiranya anda gagaI mematuhinya. anda tidak boleh ditangkap. Akan tetapi, itu adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh meminta Majistret untuk mengeluarkan suatu waran terhadap anda untuk memaksa anda bekerjasama.


4. PENAHANAN OLEH POLIS
4.1 Apabila ditahan tanya, "mangapa saya ditahan?"
Setiap tahanan yang dibuat tanpa dimaklumkan sebabnya
adalah satu tahanan yang salah.

4.2 Jangan melawan

Anggota polis mempunyai hak untuk menggunakan kekasaran yang munasabah sekiranya anda melawan.
4.3 Tanya - "Ke balai mana encik hendak membawa saya?"

Anggota polis tersebut hendaklah membawa anda dengan segera ke balai polis berdekatan dan tldak ke tempat lain.

4.4 Apa perlu dibuat setelah dimaklumkan tentang tangkapan.

Anda mempunyai hak untuk membuat panggilan telefon. Buat panggilan kepada keluarga, peguam atau Pusat Bantuan Guaman. Maklumkan mereka:-
• Anda telah ditangkap.

• Masa, tempat dan sebab-sebab tangkapan.

• Pengenalan anggota polis yang menangkap.

• Balai polis kepada mana anda dibawa.

4.5 Apa terjadi selepas tangkapan?

Anda boleh ditahan sehingga 24 jam:

• Di balai polis atau

• Di lokap balai polis

dengan tujuan untuk membantu siasatan polis.

5. HAK-HAK ANDA KETIKA DALAM TAHANAN


51 Hak untuk menghubungi Peguam
Awak mempunyai hak untuk berhubung dengan peguam
dan nyatakan kehendak anda untuk berbuat demikian.

5.2 Pakaian

Anda boleh mempunyai satu set pakaian semasa di dalam lokap.

5.3 Barangan Persendirian

Anggota polis hendaklah merekodkan segala barangan persendirian anda di dalam penjagaan yang selamat. Barangan-barangan ini hendaklah dipulangkan sebaik sahaja anda dilepaskan.

5.4 Kebajikan

Anda dibenarkan untuk mandi 2 kali sehari. Sekiranya anda sakit, anda boleh mendapatkan rawatan dengan segera.

Anda hendaklah diberikan makanan, minuman yang wajar dan mencukupi sepanjang tahanan.

5.5 Berapa lama polis boleh menahan anda

Polis boleh menahan anda sehingga 24 jam unluk siasatan. Adalah menjadi tanggungjawab polis untuk menyiapkan siasatan dalam tempoh 24 jam dan melepaskan anda secepat yang mungkin.

Seandainya polis tidak dapat menyelesaikan siasatan mereka di dalam masa 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk satu Perintah Reman untuk menyambung penahanan anda melepasi 24 jam.

6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET

6.1 Siapakah Majistret

Majistret adalah seorang pegawai Mahkamah yang mempunyai kuasa samada untuk memberi Perintah Reman untuk menahan anda lebih dari 24 jam.
6.2 Tujuan Perintah Raman

la adalah bertuiuan untuk memberikan lebih banyak masa kepada Polis untuk menyelesaikan siasatan mereka dan memutuskan samada terdapat keterangan untuk membuat pertuduhan kesalahan jenyah terhadap anda.

Pihak polis tidak boleh memohon Perintah Reman semata-mata bagi tujuan mendapatkan kenyataan daripada anda.

6.3 Jangka hayat Perintah Reman

Apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk Perintah Reman, Polis mestilah memberikan sebab-sebab mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Majistret bertugas mestilah memberikan pertimbangan yang wajar terhadap sebab-sebab yang diberikan Polis.

Polis selalunya akan memohon penahanan lanjutan se lama 14 hari atau kurang.

Majistret, selepas memberikan pertimbangan wajar sebab- sebab yang diberikan oleh Polis, mempunyai budi bicara:
• untuk tidak membenarkan Perintah reman; atau,

• untuk membuat Perintah reman untuk suatu jangkamasa yang lebih pendek dari yang dipohon Polis.

Polis boleh membuat lebih daripada satu permohonan untuk Perintah Reman. Walaubagaimanapun, anda tidak boleh ditahan lebih daripada 15 hari kesamuanya.

6.4 Apakah langkah yang perlu anda ambil sekiranya anda dihadapkan ke

Majistret

Maklumkan kepada Majisiret bahawa:

• anda ingin mendapatkan representasi peguam dan memaklumkan kepada LAC serta keluarga anda.

• anda ingin mendapatkan bantuan perubatan kerana anda tidak sihat atau telah didera,
• anda telah diugut atau didera semasa di dalam tahanan (jika ada).
• anda telah dinafikan dengan makanan / air / pakaian yang sewajarnya, tandas atau perhatian perubatan yang sewajarnya semasa di dalam tahanan (jika ada).

• samada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda di dalam tahanan.

6.5 Pohon untuk Perintah Reman yang singkat

Pohon untuk Perintah Reman yang singkat sebelum Majistret memberi Perintah Reman. Beri alasan-alasan (sebagai contoh: "saya akan bekerjasama dengan polis di dalam siasatan", "saya akan hadir setiap kali polis memerlukan saya" dan sebagainya).


7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TAHANAN
7.1 Bilakah ia boleh dilakukan
Sekiranya anda berada di tempat (sebagai contoh:
karaoke / kelab) di mana polis sedang melakukan
serbuan atau mencari sesuatu (sebagai contoh: dadah
berbahaya}, polis berhak untuk melakukan pemeriksaan
badan/beg anda tanpa menahan anda. la hanya boleh
dilakukan dengan kehadiran pegawai polis yang
berpangkal tidak kurang daripada inspektor,

7.2 Apakah yang perlu anda lakukan

• Jangan benarkan polis untuk memasukkan tangan mereka ke dalam saku atau beg anda.

• Kosongkan saku /beg anda di hadapan polis secara sukarela untuk memastikan anda dapat ngawasi barangan anda.

Keluarkan barangan anda satu demi satu. Setiap kali, sebut sebagai contoh "purse", "kunci", "kad pengenalan" dan sebagainya.

Apabila saku / beg anda kosong, terbalikkan saku I beg tersebut

7.3 Hak-hak anda

• Wanita hanya boleh diperiksa badan mereka o!eh pegawai polis wanita sahaja.

• Setiap pemeriksaan badan perlu dilakukan dengan penuh sopan (sebagai contoh: bahagian sulit tidak boleh disentuh).

• Tidak ada undang-undang membolehkan anda dibogelkan.

8 PEMERIKSAAN BADAN APABILA DITAHAN

8.1 Bilakah polis boleh melakukannya

• Polis mempunyai kuasa untuk melakukan pemeriksaan badan bagi objek yang berhubung dengan kesalahan yang disyaki.

• Pemeriksaan badan harus dilakukan di dalam kawasan yang terlindung. Adalah menjadi hak anda untuk diperiksa di kawasan yang terlindung.

8.2 Pemeriksaan badan secara bogel

Walaupun semasa anda ditahan, tidak ada undang-undang membolehkan Polis memaksa anda dibogelkan. Sekiranya anda dipaksa untuk bogel / diugut sekiranya anda enggan berbogel:

• Bantah.

• Pastikan anda dapatkan nama pegawai polis tersebut.

• Buat laporan selepas kejadian tersebut.

9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITAHAN

9.1 Kenal pasti pegawai polls yang menyoal-siasat anda.

Pastikan nama I pangkat pegawai polis yang menyoal-siasat anda.

9.2 Hak memilih untuk berdiam diri

Polis lazimnya akan memulakan perbualan ramah mesra (sebagai contoh: soalan-soalan mengenai keluarga anda, kawan-kawan dan sebagainya). Anda harus bersopan. Jangan khuatir untuk berdiam diri. Itu adalah hak anda.

9.3 Polis inginkan kenyataan bertulis (Kenyataan 113) daripada anda

Polis akan menyoal anda dan kemudian menulis jawapan anda. Anda hanya perlu memberi nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (Butir-butir peribadi).
Selain daripada memberi Butir-Butir Peribadi, anda berhak untuk berdiam diri.
Sekiranya anda memilih untuk berdiam diri, katakan: "Saya akan menjawab di Mahkamah".

9.4 Polis tidak berhak untuk memaksa anda memberi Kenyataan 113

Setelah memberi Butir-Butir Peribadi tetapi polis mengugut untuk memaksa anda untuk memberi kenyataan bertulis:

• bertenang dan berdiam diri;

• polis tidak berhak untuk mengugut, memukul atau

Sekiranya anda telah diugut, dipukul ataupun dipaksa, buat laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan secepat mungkin. Ini adaiah hak anda.

9.5 Sekiranya anda ingin memberikan Kenyataan 113

Ikut perkara-perkara di dalam perenggan-perenggan 3.3 dan 3.4 di atas.
Sekiranya anda tidak mempunyai buku nota/kertas tulisan, minta dari Pegawai Polis.

Kenyataan 113 anda boleh digunakan sebagai keterangan terhadap anda di dalam Mahkamah untuk membuktikan:

• anda telah mengakui/membuat pengakuan terhadap kesalahan jenayah sebagaimana yang dituduh; atau,

• anda telah mengakui/membuat pengakuan mengenai sebarang fakta yang boleh menunjukkan bahawa anda bersaiah di dalam kesalahan yang dituduh.

RED BOOK:POLICE AND YOUR BASIC RIGHTS

Sumber:www.malaysianbar.org.my

No comments:

Post a Comment